Tinggalkan komen

Penubuhan ATIUW

بسم الله الرحمن الرحيم

Pengenalan ATIUW
Allahyarham Ustaz Hilmi bersama beberapa rakan jemaah pengajiannya telah menubuhkan IUWR (Ihya Ulum Wahyu Resources) yang bertujuan untuk mengumpulkan  dana bagi membiayai usaha dakwah dalam semua aspek, namun demikian usaha perniagaan itu belum berjalan seperti yang dirancangkan.

Kemudiannya terwujudlah IUWTC (Ihya Ulum Wahyu Training Centre) yang mengkhususkan untuk kelas pengajian. Tujuan utamanya adalah untuk menyampaikan ilmu bersandarkan Al-Quran dan Al-Sunnah mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Peringkat awalnya IUWTC berhasrat untuk membina pendakwah muda/pelapis dengan manhaj sunnah yang betul.

Walaubagaimanapun hasrat ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya, memandangkan potensi calon amat terhad dan kekurangan tenaga pengajar. Maka itu IUWTC memulakan kelas pengajian umum iaitu Al-Tafaqquh, Pintar Quran (Kanak-kanak dan Dewasa). ATIUW tercetus apabila seorang jemaah pengajian Allahyarham Ustaz Mohd Hilmi Abd Rahim, mewakafkan beberapa lot tanahnya supaya dibangunkan untuk kemaslahatan agama. Alhamdulillah, fasa-1 pembinaan iaitu membina dewan serbaguna telah siap sepenuhnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: